Live.. Life.. Happy..

01/11/12 - 11.50 a.m

Assalamualaikum.......



                                                       Selamat pagi November...


         " Each morning when you wake up, before you do anything else, smile " ^____^

Bangun pagi ni terus senyum dan bersemangat untuk memulakan hidup yang lebih baik. Umm...kalau boleh nak bermula semula. Memulakan hidup baru dengan azam baru dan mengenali insan-insan yang baru hehe...bukan nak buang semua benda lama tapi rasanya buang masa jika kita hanya memikirkan sesuatu yang langsung tak memberi kebaikan kepada kita. Tak perlu kita rosakkan keindahan hidup kita dengan benda-benda yang hanya menyakitkan.

Banyak lagi benda-benda indah yang boleh kita kenang. Banyak perkara yang boleh kita lakukan di bumi Allah ini. Terpulang pada kita untuk memilih dan mencorak hidup kita. Semuanya terbentang di depan mata dan kita diberikan akal untuk menilai mana yang baik dan yang buruk... ^ ^


         This is your life..You are responsible for it. You will not live forever.......Don't waste it




Mencari Damai Di Hati

02/10/12 - 12.45 a.m

Assalamualaikum....



Kembali dari rehat yang panjang. Banyak benda yang jadi beberapa hari ni...tapi Alhamdulillah, masih mampu untuk menghadapinya. Hidup kalau takda cabaran tak best plak kan, tapi kalau banyak sangat tak tertahan plak nak menepisnya..poning eden he.....

Malam ni rasa tenang sangat, Terasa kedamaian di hati hehe. Dah lama tak rasa camni...sebuah kedamaian yang telah lama hilang. Orang kata bila kita melepaskan semua kekusutan dan masalah dalam diri kedamaian itu pasti akan datang.....

Dalam diri kita semestinya ada segala macam benda dan kenangan kan. Ada yang perlu kita ingat dan simpan rapi dan ada gak yang perlu kita buang jauh-jauh dari kotak hati dan fikiran kita. Setiap yang manis kita kenang dan jadikan sebagai sesuatu yang indah untuk kita meneruskan hidup manakala yang pahit kita jadikan ianya sebagai pengajaran yang bermakna.....tapi jangan di buang terus semua kepahitan itu simpankan sedikit supaya kita tak terlupa dan tak mengulanginya lagi.

Sebagai manusia kita kena hargai nikmat hidup yang Allah telah berikan pada kita saat ini. Bersyukur di lahirkan sebagai diri kita, sempurna atau tidak itu bukan persoalan kerana setiap ciptaanya ada cerita dan kisah yang tersendiri.....

Sayangi diri kita sendiri...dan bayangkan betapa bertuahnya kita kerana telah melalui pelbagai pengalaman yang mungkin orang lain tak pernah merasainya. Ukirkan senyuman dan teruslah melangkah...jangan di toleh pada masa silam yang menyayat hati kerana semua itu boleh membunuh sejuta warna pada senyuman kita.....




Diari Usang


13/9/12 - 9.40 p.m


Gambar Hiasan



 "Kini kau lupakan ibu..Lupakan juga ayahmu. Mengapa kau begitu setelah sinar kau ketemu. Tidakkah kau kasihan melihat Ibumu sendirian..Di sini bukan syurga, patut kau campakkan"

Assalamualaikum......

Menghabiskan sisa-sisa hidup di samping anak-anak dan cucu sememangnya menjadi impian hari tua kita kan. Berharap dapat menghabiskan waktu dengan sejuta keindahan. Tapi..selalunya apa yang di harapkan hanyalah impian belaka pada insan yang terpaksa menghabiskan sisa hayat di tempat istimewa ini.

Tetiba rasa nak update pasal catatan aku 4 tahun lepas. Umm lama dah kan, tengah duk kemas-kemas barang terjumpa diari lama ni. Tapi hanya catatan jer yang tinggal......


Rabu - 28 Mei 2008

~ Aku hampiri ibu tua tu..wajah dia tenang sangat. Senyuman dia manis dan ikhlas walau sudah terlalu banyak kedutan kat wajah dia tapi bagi aku wajah ibu itu lebih indah dari wajah-wajah perempuan yang bermekap 4 inci kat luar sana....

~ Aku atur bicara sebaik mungkin sebab aku taknak kalau kata-kata aku nanti boleh meruntun jiwa kecil dia. Satu-satu kisah dia ceritakan, lebar senyumanya...namun aku dapat rasakan kesedihan dari matanya. Aku yang berhati batu ni menangis. Uumm...tabahnya hatimu. 

~ Aku dapat rasakan kasih sayang dia. Anak-anaknya ramai, semuanya sudah bekeluarga. Katanya...dia yang rela hati ke sini sebab taknak menyusahkan anak-anak. Tapi kalau aku yang berada di tempat anaknya...walau sesusah manapun kehidupan aku, tak salah sekiranya aku berkorban kerana dulu ibuku lebih susah tuk membesarkan aku....

~ Saat-saat terakhir.....
Hujan yang turun petang tu selebat hujan di dalam hati aku. Masih lagi aku rasa sejuk tanganya saat dia gengam erat tangan aku..ku peluk mesra tubuh kecilnya. Andai dia masih ada lagi aku harap dia dapat tau betapa aku selalu mendoakan kesihatanya dan kebahgiaanya yang telah lama hilang..........Amiin.

~Sepertimana kau tak menginginkan hari tuamu kelam begitulah ayah dan ibumu. Jagalah mereka sepertimana mereka membesarkanmu.....hargai mereka ketika mereka masih ada lagi, takda guna menyesali bila semuanya sudah tiada....tempat mereka di sisimu bukan di sini ( Rumah Orang Tua )
    


Kegembiraan Terlampau

02/09/12 - 3.10 am

Assalamualaikum......


Hiyarkkk...orang lain tengah nyenyak tidur tapi aku plak mak aihhh masih tak lena-lena gak tidurnya huhu kenapakaahhh???...namun yang pasti bukan pasal putus cinta or putus kasih coz aku memang tak..tak ^ ^

Orang kata kalau kita tengah gembira pun camni gak kan..makan tak lalu..mandi tak basah. Tapi yang pasti kegembiraan terlampau ni mungkin kerana aku tengah menunggu sesuatu tapi bukan lamaran ok takda kaitan he...Al-kisahnya ada sesuatu yang aku impikan selama ni akan tercapai..dah lama berangan nak, alhamdulillah akhirnya tercapai gak.....

Thankz Ya Allah, kerana kirimkan orang-orang yang selalu menjaga hati ini. Yang sudi merealisasikan semua impian-impian indahku. Tak mampu rasanya nak balas semua pengorbanan mereka, yang terdaya hanyalah ucapan terima kasih yang tak terhingga....(^_^)

P/s : Tengah senyum sorang-sorang sambil tunggu Encik Posto datang bawah pokok nangka....Mood : kegembiraan terlampau.....ooYeaaa

Menghitung hari...saboooor2 he


Don't Be Sad.........


01/08/12 - 3.01 am
Assalamualaikum...




Salam ramadan yang mulia....Umm lama sangat rasanya aku private blog ni. Memang rindu sangat nak berblogging tapi terpaksa tahan...sabor-saboor. Ada benda lain yang lebih penting..sangat busy umm  yummy!!!

Cuba mencari ketenangan dan akhirnya aku berjaya...berjaya menambahkan lagi stress hehe..kadang-kadang terfikir, mengapa selalu aku..why always me??..oohh semua itu rahsia Allah. Maybe banyak sangat dosa aku kot sebelum ni huhu = =
 
Orang kata di bulan yang baik camnila sesuai untuk kita merenung balik setiap kelemahan diri dan belajar memperbetulkan segala kesilapan kita yang lalu. Sama-sama kita berdoa semoga ramadan kali ini akan beri kita makna yang lebih mendalam. Cuba berubah ke arah yang lebih baik dan di redhai Allah...Amiiin


Don't be sad...
if u feel pain now...others have been aching for years
if u have sinned....then repent
if u have commited a mistake...correct it
the doors of repentance are ever open...
the fountain of forgiveness is ever rich...........
so, don't be sad...





Nikmat Hari Ini

6/6/12 - 5.00 p.m

Hari ni agak rajin berbanding hari-hari sebelumnya...ada peningkatan dari segi semangat tuk jadi orang yang lebih berguna hee..dah mula belajar skit-skit tuk jadi calon isteri yang solehah...uiii (*_*)

Masuk ke dapur dengan niat suci tuk memasak...resipi hari ni masak ayam blackpaper yer sume...senyum simpul aku duk siapkan masakan yang entah ape-ape dah aku tengok ni..syok memasak sambil senyum sorang-sorang....orang kata tu tandanya masakan kite tu akan tersangatlaa lazat nanti tau haha...

Ok...tadaa ni laa dia rupa ayam masak blackpaper aku...sedap kan, sedap sangat sapai aku tengok pun dah tak tahan nak melantap he...selamat menjamu selera semua.



Syukur dengan rezeki yang ada hari ini. Jangan mengeluh...kerana masih ramai lagi insan yang tak mampu nak merasa dan menikmatinya...walaupun bagi anda ianya hanya sekadar telur goreng....Amiiiin



Pelangi Senja

25/5/12 - 12.10 a.m

Assalamualaikum....



Wahai sang Pelangi indah...
Muncul seketika sayang tak ku lihat
Kini tiada lagi.......

Indahnya ciptaan Tuhan ini....
Diberikan kita pelangi setelah di turunkan hujan
Betapa kuasanya Tuhan tak diberikanya derita 
Tanpa di balas dengan kebahagian...

Walau sementara ia tetap satu nikmat
Untuk kita selalu mensyukurinya...

Amiiin...




Seindah Sakura

20/5/12 - 6.26 pm

Assalamualaikum....



Suka dengar lagu ni Mafa ft Ronnie ( Buatku di sana ) & suka sangat tengok cite seindah sakura. Memang sedih sangat-sangat sapai teresak-esak aku nangis kat tepi dinding. Selalunya aku tak suka layan cite-cite gini tapi tak tau camne bleh sangkut. Letih aku menahan perasaan maklumlah cover tenang depan orang, lam hati ha..ha..ha...

Aku tak tau mampukah aku bertahan sehingga episod terakhir. Takut air mataku kering jer he. Apepun selamat menonton yer...bye =)

P/s: Syukur dengan hidup aku walaupun x seindah sakura...seindah bunga taik ayam pun jadila.Syukur2 (^_*)

Hari baru Hidup baru

19/5/12

Assalamualakum.....

Hari ni bangun pagi dengan bersemangat. Pagi yang sejuk duk lam selimut sambil buka blog hehe. Tak nak tulis panjang-panjang pun cuma nak ucap selamat pagi kat semua blogger. Semoga hidup kita ceria dan senyum sokmolah (^_*)

Lupakan hari semalam dan bina hidup baru..lupakan masalah dan cari kegembiraan.Hadapi hidup dengan tenang dan yang penting kita hepy.... Hari ini aku banyak sangat aktiviti, nak berangan jadi orang yang paling busy kat dunia hari ini...hehe byeee


P/s: Hari ini saya nak jadi manusia yang paling baik =)





Bicara Hati

17/5/12

Assalamualaikum....





Malam ni terdetik hati nak update blog. Ada sikit perubahan umm agak rajin skit nak update entri baru. Dulu sebulan 1 entri jer. Tapi skang bersemangat skit kalau bleh 1 saat 10 entri...waah bersemangat tul (^_*)

Dulu aku tak tau ape motif aku buat blog. Mungkin sekadar suka-suka tapi skang aku sedar berblog memberikan satu kepuasan..mungkin penulisan aku tak seberapa dan jauh ketinggalan, tapi aku menulis dengan penuh keikhlasan..tak caya erk??umm tak pelaa

Aku nak jadi blogger yang memberi manfaat kepada orang lain, menyumbang melalui penulisan yang berguna....aku ingin orang yang membaca tulisan aku bisa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur.Yang sering senyum walaupun menderita yang bisa ketawa walaupun kesedihan. Kalaulah aku bisa lakukan...... bahagia sangat kan. Dan nanti,aku ingin meninggalkan blog yang mampu memberikan senyuman pada setiap wajah yang pernah singgah di sini (^_*)

Sekian...sedih sangat malam ni tengah nangis sambil gigit bantal busuk.Mungkinkah ni entri terakhir aku???doakan aku masih terus bernyawa esok hari..............




Gembirakah aku??

13/5/12

Assalamualaikum..



Hari ini banyak masa luang..so agak rajin mengadap lappy he.Dua tiga menjak ni banyak benda-benda yang diluar jangkaan yang jadi.Tapi alhamdulillah mujurla semuanya benda yang sweet dan baik jer.Perasaan memang tak boleh digambarkan memang hepy giler bezt sangat..rasanya giler pun tak mungkin bezt cam ginii....Ngee (^_*)

Kalau boleh hari-hari nak rasa hepy..tapi tulaa name pun dah  kehidupan mana boleh suka-suka hati kite jer nak camtu dan camni kan.Tapi apepun rasa syukur sangat...ni pun dah memadai.Harap-harap pahni kita lebih kuat dan tabah lam hidup ni.Tak kira masa sedih or gembira tetap bersemangat...jangan cepat putus asa dan setiasa senyum.....

P/s: tengah senyum sorang2 depan cermin...menyampah tgk muka sendiri hehehe

Terima Kasih



                                                      



Syukur Alhamdulillah kerana masih dapat menghirup udara segar serta dapat lagi menikmati keindahan di dunia yang sementara ini.Malam yang sangat indah..sangat cantik bintang yang berkerlipan di langit. Aku cintakan keindahan ciptaan Tuhan ini untuk selamanya.....

Cintalah yang maha pecipta.Dialah cinta yang abadi dan sejati.Belajarlah melupakan cinta sesama manusia sejenak dan sujudlah kepadanya dengan penuh rasa kecintaan, kerana dengan cintanya saja kita bisa merasai kebahgiaan yang sebenarnya.Terima kasih Tuhan..............aku bersyukur di atas semua kurnianmu ini.Amiiin......

Pada Suatu Hari

Assalamualaikum...

Panaskan hari ni....berpeluh-peluh aku. Time-time gini memang best kan lau boleh menikmati ape-ape yang menyegarkan...ABC DEF waah nikmatkan rasa.Segar tekak yang dah kering kontang ni.Baru ada semangat skit nak update entry kan..kan (alasan).....He

Aku baru perasan semenjak dua menjak ni blog aku sunyi jer. Takda dah yang duk sapa hye-hye..bye-bye.Aku tak tau nape..Maybe dorang dah tak sudi nak datang kat blog aku yang hampeh ni kot.Aku rindu korang sebenarnya...tapi nampaknya aku jer yang duk angau kat korang kan, sedangkan korang tak ingat aku pun....

Tapi...pada suatu hari jeng..baru aku perasan yang blog aku private.Umm patutlaa...........camne korang nak jenguk kan lau aku jer yang bleh tengok huhuhu...Ni ker yang dinamakan sengal atau.........whatever huh!! 

Sekian Terima Kasih.......



Entry Kosong


Assalamualaikum....

Hari ni baru berkesempatan tuk update entry baru. Lama dah sangat kan. Bukan pasal malas or busy cuma agak kurang rajin sedikit dan sebanyak hehe.....

Hari yang sangat memenatkan...buka mata tadi nasib baik masih bernafas lagi, syukur Alhamdulillah. Orang kata hidup kena dihargai dan kena selalu bersyukur dengan apa yang ada...Amiin. Dan kalau inginkan bahagia lam hidup kena selalu bahagiakan orang lain. Bila orang lain bahagia sedikit sebanyak kita pun bleh tumpang sekaki bahagianya. 

Teringat pasal someone yang pernah aku kenal dulu. Dia selalu pesan sentiasa gembirakan sesiapa sahaja yang mendampingi kita...tak kira samada dia kawan ataupun lawan. Tapi susahkan nak buat semua orang senang dengan kita..tapi kita boleh cubakan. Kadang-kadang dengan secalit senyuman pun bleh wat orang bahagia tau. Yang penting ianya ikhlas. Tapi jangan plak senyuman yang mengoda lain plak yang jadiknya nanti hehe....



P/s : Aku baru prasan aku hanya update entry sebulan sekali jer. Waah rajinnya aku..i'm a very lazy person!!!  (*_^)




Hadapi dengan senyuman



Bila nasib selalu tak menyebelahi kita itu bukan
bermakna kita tersisih daripada rahmat Tuhan...tapi
Tuhan ingin berikan sesuatu yang jauh lebih baik..

Kita selalu merugut..merintih
kadang-kadang kita rasakan
dunia seakan tidak adil
sekeliling selalu menghukum kita dan
dunia menjadi terlalu dingin pada kita...

Tuhan menguji...
untuk memberi kita kekuatan
yer...untuk melatih kita menjadi tabah
untuk mengajar kita memahami
bukan kerana dia membenci kita
tapi itu tandanya dia sayangkan kita
inginkan kita memahami.....
yang hidup bukan seindah mimpi
dan tiada yang abadi...

Sentiasa bersyukur..
kerana tiap yang pernah terjadi
dalam hidup kita..banyak mengajar kita
untuk menjadi tabah sebenarnya...
walaupun kita tidak sehebat Siti Khadijah
dan walaupun kita tidak sekuat Siti Aisyah
namun hadapinya dengan senyuman
Insyaallah...
setiap yang terjadi ada rahmatnya
pasti ada bahagia nanti
di setiap penghujungnya..................


Let the rain come down and wash away my tears
Let it fill my soul and drown my fears
Let it shatter the walls for a new..new sun

A new day has come.......

1..2..3....SenYum


Awal bangun pagi ni aihh hee..
senyum simpulku sapai ke dahi hari ini
jangan tanya nape tau he (^_^)....


Salam semua.....
Jadikan hari-hari yang kita lalui 
penuh dengan keindahan..
jangan diingat kesedihan..jangan difikirkan masalah
dan yang penting selalu memaafkan....

biakan orang yang tak pernah mengerti kita 
dan maafkan mereka yang tak memahami....
memang...
susah untuk memaafkan sesuatu
tapi.....percayalaa memaafkan 
adalah satu penyelesaian yang terbaik...

Setiap yang pernah hadir dalam hidup kita
pasti akan selalu datang dan jua pergi
sememangnya itu lumrah dunia....
melainkan Yang Satu....
jangan sedih bila kita kehilangan
kerana takda yang akan kekal di dunia ini

Jadi nikmatilah hidup ni...
selalu senyum walaupun hati korang menangis
kerana setiap senyuman akan memberi sejuta makna
senyum seindah suria yer macam aku (^_____^)


p/s : "When you lose your way to Allah 
                  you should turn as
      HE promise HE will always be there"





Don't Judge Me........

 














"Siapa kita untuk menilai seseorang...
samada orang itu pernah menyakiti ataupun
selalu menjaga hati kita...
takda siapa pun yang sempurna
selagi namanya manusia.......
everyone is different..and no one is perfect
Aku hairan mengapa kita tak pernah nampak
beribu kebaikan yang pernah seseorang lakukan..
tapi sedikit jer kesilapan amboiii kemain lagi kan"


Waah...lama sangat tak update entry
kemalasan yang amat.....Ngeh
aku tau korang mesti nampak dan reti baca ayat kat atas ni kan
uumm...ayat tu takda kaitan pun ngan entry aku ni kali ni
suka-suka hati jer aku taruk
sekadar nak sedapkan hati aku ni jer daw...
so renung-renungkan dan selamat beramal....adiooos

Mood : seNgaL ^_*