15/5/13 - 2.50 am
Assalamualaikum.....
Sekian lama....akhirnya kembali jua aku kat sini. Kaku dan kelu tak tahu nak update apa hanya mampu menari-nari riang la nampaknya he....
Banyak yang berlaku dan banyak yang berubah. Aku lalui hidup yang di kurniakan oleh Allah ini dengan hati yang redha dan tenang. Ya Allah, aku bersyukur kerana hingga saat ini aku masih mampu menghirup udara yang segar, masih mampu untuk tertawa riang dan masih mampu melalui setiap inci keindahan di bumi ini.
Semua ini sangat bermakna dan aku amat menghargai setiap waktu yang aku lalui. Hingga suatu saat nanti aku akan meninggalkan semua ini...meninggalkan persinggahan yang sementara ini. Terima Kasih Tuhan, aku bahagia aku bersyukur.....
Tiada yang abadi di dunia ini.......
Hanya Suatu Persinggahan
