Azam oh Azam



Assalamualaikum......

Menjalani minit-minit terakhir di tahun 2013, cepatnya masa berlalu dan terus berlalu. Bermula hari baru, hidup baru dan azam baru di tahun 2014. So...lupakan azam-azam lama aku yang tak pernah aku tunaikan hehe

2014...
Semoga semuanya akan lebih baik. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Soal hidup dan perjalanan kita di Dunia ni semuanya telah di atur oleh Yang Maha Kuasa...

Dan aku.......
Masih akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik..lebih baik dan lebih baik.....

Sekian................Selamat Malam Dunia








Cold November Rain......


24/11/13 - 11.34 pm

Assalamualaikum.......




November semakin hampir ke penghujungnya. Melalui mood di bulan November yang dingin..sejuk satu perasaan yang berbeza, rasa tenang...damai...hurmmm sukar untuk digambarkan. November yang sangat indah.......

Melihat, merasai dan menghidu bauan hujan yang turun. Menikmati setiap keindahan ciptaan Tuhan. Sungguh mengagumkan. Terpesona, mengasyikan dan sangat menenangkan...


Selamat Tinggal November.................







Entry Kurang Kasih Sayang

28/8/13 - 1.05 pm

Assalamualaikum....

Kembali lagi kat sini. Dah lama tak update blog. Seriously, beberapa bulan ni aku tak tau ke mana mood aku menghilang. Semua benda yang aku buat tak kena...semua yang aku buat tak menjadi. Asyik nak marah dan marah jer...melampau jer perangai camni he

Kalau terusan dengan perangai gini gerenti semua orang akan boikot aku  habis-habisan kan..Aku ni nampak jer keras hati, keras kepala bagai tapi semua itu hanya luaran jer, kerana hakikatnya hati aku...hati ini, lembut dan nipis sesangat..cepat sangat sentap tau hehe

Hari ini, aku rasa macam baru tersedar dari mimpi yang panjang, masih rasa mamai dan pening-pening lalat lagi. Beberapa bulan melalui hari-hari yang sangat mengelirukan...Fuhh semoga aku dapat merubah dan memperbaiki segala kesilapan dan ketelanjuran perbuatan dan segalanya....

Semoga dipermudahkan jalan dan urusan bagi aku. Taknak fikir banyak-banyak, kuatkan semangat, cekalkan hati dan indahkan senyuman..........................sekian