Live.. Life.. Happy..

01/11/12 - 11.50 a.m

Assalamualaikum.......



                                                       Selamat pagi November...


         " Each morning when you wake up, before you do anything else, smile " ^____^

Bangun pagi ni terus senyum dan bersemangat untuk memulakan hidup yang lebih baik. Umm...kalau boleh nak bermula semula. Memulakan hidup baru dengan azam baru dan mengenali insan-insan yang baru hehe...bukan nak buang semua benda lama tapi rasanya buang masa jika kita hanya memikirkan sesuatu yang langsung tak memberi kebaikan kepada kita. Tak perlu kita rosakkan keindahan hidup kita dengan benda-benda yang hanya menyakitkan.

Banyak lagi benda-benda indah yang boleh kita kenang. Banyak perkara yang boleh kita lakukan di bumi Allah ini. Terpulang pada kita untuk memilih dan mencorak hidup kita. Semuanya terbentang di depan mata dan kita diberikan akal untuk menilai mana yang baik dan yang buruk... ^ ^


         This is your life..You are responsible for it. You will not live forever.......Don't waste it




Mencari Damai Di Hati

02/10/12 - 12.45 a.m

Assalamualaikum....



Kembali dari rehat yang panjang. Banyak benda yang jadi beberapa hari ni...tapi Alhamdulillah, masih mampu untuk menghadapinya. Hidup kalau takda cabaran tak best plak kan, tapi kalau banyak sangat tak tertahan plak nak menepisnya..poning eden he.....

Malam ni rasa tenang sangat, Terasa kedamaian di hati hehe. Dah lama tak rasa camni...sebuah kedamaian yang telah lama hilang. Orang kata bila kita melepaskan semua kekusutan dan masalah dalam diri kedamaian itu pasti akan datang.....

Dalam diri kita semestinya ada segala macam benda dan kenangan kan. Ada yang perlu kita ingat dan simpan rapi dan ada gak yang perlu kita buang jauh-jauh dari kotak hati dan fikiran kita. Setiap yang manis kita kenang dan jadikan sebagai sesuatu yang indah untuk kita meneruskan hidup manakala yang pahit kita jadikan ianya sebagai pengajaran yang bermakna.....tapi jangan di buang terus semua kepahitan itu simpankan sedikit supaya kita tak terlupa dan tak mengulanginya lagi.

Sebagai manusia kita kena hargai nikmat hidup yang Allah telah berikan pada kita saat ini. Bersyukur di lahirkan sebagai diri kita, sempurna atau tidak itu bukan persoalan kerana setiap ciptaanya ada cerita dan kisah yang tersendiri.....

Sayangi diri kita sendiri...dan bayangkan betapa bertuahnya kita kerana telah melalui pelbagai pengalaman yang mungkin orang lain tak pernah merasainya. Ukirkan senyuman dan teruslah melangkah...jangan di toleh pada masa silam yang menyayat hati kerana semua itu boleh membunuh sejuta warna pada senyuman kita.....