Diari Usang


13/9/12 - 9.40 p.m


Gambar Hiasan



 "Kini kau lupakan ibu..Lupakan juga ayahmu. Mengapa kau begitu setelah sinar kau ketemu. Tidakkah kau kasihan melihat Ibumu sendirian..Di sini bukan syurga, patut kau campakkan"

Assalamualaikum......

Menghabiskan sisa-sisa hidup di samping anak-anak dan cucu sememangnya menjadi impian hari tua kita kan. Berharap dapat menghabiskan waktu dengan sejuta keindahan. Tapi..selalunya apa yang di harapkan hanyalah impian belaka pada insan yang terpaksa menghabiskan sisa hayat di tempat istimewa ini.

Tetiba rasa nak update pasal catatan aku 4 tahun lepas. Umm lama dah kan, tengah duk kemas-kemas barang terjumpa diari lama ni. Tapi hanya catatan jer yang tinggal......


Rabu - 28 Mei 2008

~ Aku hampiri ibu tua tu..wajah dia tenang sangat. Senyuman dia manis dan ikhlas walau sudah terlalu banyak kedutan kat wajah dia tapi bagi aku wajah ibu itu lebih indah dari wajah-wajah perempuan yang bermekap 4 inci kat luar sana....

~ Aku atur bicara sebaik mungkin sebab aku taknak kalau kata-kata aku nanti boleh meruntun jiwa kecil dia. Satu-satu kisah dia ceritakan, lebar senyumanya...namun aku dapat rasakan kesedihan dari matanya. Aku yang berhati batu ni menangis. Uumm...tabahnya hatimu. 

~ Aku dapat rasakan kasih sayang dia. Anak-anaknya ramai, semuanya sudah bekeluarga. Katanya...dia yang rela hati ke sini sebab taknak menyusahkan anak-anak. Tapi kalau aku yang berada di tempat anaknya...walau sesusah manapun kehidupan aku, tak salah sekiranya aku berkorban kerana dulu ibuku lebih susah tuk membesarkan aku....

~ Saat-saat terakhir.....
Hujan yang turun petang tu selebat hujan di dalam hati aku. Masih lagi aku rasa sejuk tanganya saat dia gengam erat tangan aku..ku peluk mesra tubuh kecilnya. Andai dia masih ada lagi aku harap dia dapat tau betapa aku selalu mendoakan kesihatanya dan kebahgiaanya yang telah lama hilang..........Amiin.

~Sepertimana kau tak menginginkan hari tuamu kelam begitulah ayah dan ibumu. Jagalah mereka sepertimana mereka membesarkanmu.....hargai mereka ketika mereka masih ada lagi, takda guna menyesali bila semuanya sudah tiada....tempat mereka di sisimu bukan di sini ( Rumah Orang Tua )
    


Kegembiraan Terlampau

02/09/12 - 3.10 am

Assalamualaikum......


Hiyarkkk...orang lain tengah nyenyak tidur tapi aku plak mak aihhh masih tak lena-lena gak tidurnya huhu kenapakaahhh???...namun yang pasti bukan pasal putus cinta or putus kasih coz aku memang tak..tak ^ ^

Orang kata kalau kita tengah gembira pun camni gak kan..makan tak lalu..mandi tak basah. Tapi yang pasti kegembiraan terlampau ni mungkin kerana aku tengah menunggu sesuatu tapi bukan lamaran ok takda kaitan he...Al-kisahnya ada sesuatu yang aku impikan selama ni akan tercapai..dah lama berangan nak, alhamdulillah akhirnya tercapai gak.....

Thankz Ya Allah, kerana kirimkan orang-orang yang selalu menjaga hati ini. Yang sudi merealisasikan semua impian-impian indahku. Tak mampu rasanya nak balas semua pengorbanan mereka, yang terdaya hanyalah ucapan terima kasih yang tak terhingga....(^_^)

P/s : Tengah senyum sorang-sorang sambil tunggu Encik Posto datang bawah pokok nangka....Mood : kegembiraan terlampau.....ooYeaaa

Menghitung hari...saboooor2 he