Syukur Kita Pada Allah


Sememangnya hidup lebih indah bila dapat di kongsikan bersama...tentang perjalanan hidup dalam mencari keredhaan Allah...tentang mencari cinta yang sejati dan mencari makna sebuah erti kehidupan yang sebenar...

Aku bersyukur kepada Allah....walau hidup ini penuh dengan kesulitan tapi masih mampu tersenyum...bahagia dan derita mengajar aku erti segalanya...terima kasih pengalaman, sungguh indah hidup bila di penuhi dengan kenangan...yang termanis dan terpahit menjadi sebuah memori yang terindah....

Jangan pernah mengeluh jika nasib selalu tak menyebelahi kita...kerana bila kita alihkan pandangan pada sekeliling baru kita akan sedar yang kita jauh lebih beruntung berbanding insan lain yang jauh lebih menderita...

Usah terlalu melihat apa yang orang lain ada...kerana pasti kita akan rasa kita serba kekurangan. Aku cuba menjadi yang terbaik untuk orang sekeliling yang selalu ada dalam hidup aku...dan belajar menerima seadanya apa yang telah di takdirkan...lebih baik sentiasa bersyukur daripada selalu mengeluh.

Hidup akan jadi lebih indah jika sentiasa bahagia menjadi diri sendiri...terima kelemahan dan bersyukur dengan kelebihan...Semoga aku terus menjadi manusia bersyukur dan jangan hanya cakap kosong jer Nira hehe (^_^)

tumpang glamer ko jap Izzah