Entry Kurang Kasih Sayang

28/8/13 - 1.05 pm

Assalamualaikum....

Kembali lagi kat sini. Dah lama tak update blog. Seriously, beberapa bulan ni aku tak tau ke mana mood aku menghilang. Semua benda yang aku buat tak kena...semua yang aku buat tak menjadi. Asyik nak marah dan marah jer...melampau jer perangai camni he

Kalau terusan dengan perangai gini gerenti semua orang akan boikot aku  habis-habisan kan..Aku ni nampak jer keras hati, keras kepala bagai tapi semua itu hanya luaran jer, kerana hakikatnya hati aku...hati ini, lembut dan nipis sesangat..cepat sangat sentap tau hehe

Hari ini, aku rasa macam baru tersedar dari mimpi yang panjang, masih rasa mamai dan pening-pening lalat lagi. Beberapa bulan melalui hari-hari yang sangat mengelirukan...Fuhh semoga aku dapat merubah dan memperbaiki segala kesilapan dan ketelanjuran perbuatan dan segalanya....

Semoga dipermudahkan jalan dan urusan bagi aku. Taknak fikir banyak-banyak, kuatkan semangat, cekalkan hati dan indahkan senyuman..........................sekian